Thursday, December 20, 2018

UCAPAN TNC KEPADA PALAPES

Sem satu kat UKM ni aku amik 5 subjek wajib dan 2 citra, aku amik 2 subjek citra, dan dua subjek citra tu dekat FSSK aka C2, dua dua tu subjek BM, aku ni tak pandai BM pun hahhahhaha tapi just belajar jelaa kan , kita follow the flow.

aku nak kongsi hasil kerja aku buat teks ucapan TNC ni, ni salah satu assignment aku so why not aku kongsi right? hahahaha here it is!!!






Ucapan Naib Canselor
Y.Bhg. Kolonel Kehormat Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Penasihat PALAPES UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sempena
Istiadat Pertauliahan Diraja
Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-37
Dataran Gemilang, UKM
9.30 pagi
31 julai 2018 (Rabu)


Terima kasih pengacara majlis

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Integrasi Naqli dan Aqli .

Yang berbahagia, Profesor Madya Dr. Haji Roslee Rajikan,
Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni.
Yang Berusaha Mejar Dr Azhan bin Awang,
Ketua Jurulatih PALAPES UKM,

Para Pegawai Tetap dan Sukarela,
Jurulatih-Jurulatih, dan
Para pegawai kadet yang dihormati dan dikasihi sekalian.





Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Serta Selawat dan Salam Atas Junjungan Rasulullah S.A.W. , Para Sahabat Dan Ahli Keluarga Baginda.

1. Pertama sekali marilah kita semua memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya pada pagi yang mulia ini kita dapat bersama-sama berada di Dataran Gemilang ini dalam upacara Pertauliahan Diraja
Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-37. 

2. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan buat kadet-kadet PALAPES UKM yang terlibat kerana dapat menamatkan latihan dengan jayanya. Tahniah juga saya ucapkan kepada 38 pegawai kadet yang terbaik.

Ke Surabaya memakai kopyah,
Dengan hiasa bendera perkasa,
Meski harus bersusah payah,
Dengan kekompakan pasti bisa.

3. Pantun ini membawa maksud yang dalam kepada diri saya sendiri. Saya menujukan kepada saudara dan saudari yang bersusah payah menjalani latihan dalam masa yang sama menimba ilmu di universiti ini. Allah SWT pasti akan memberi ganjaran yang setimpal jika kita berusaha insyaallah.







ISI 1

Hadirin yang saya hormati,

Pada dasarnya objektif penubuhan PALAPES di UKM adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa UKM tentang selok belok ilmu ketenteraan untuk membina jati diri ke arah pembentukan insan berdisiplin dan bersemangat waja.  Di samping menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPT yang terlatih dalam bidang ketenteraan kepada Angkatan Tetap dan Angkatan Simpanan bagi mengukuhkan pertahanan negara.

Latihan PALAPES dijalankan selama 3 tahun sesuai dengan tempoh pembelajaran normal seseorang penuntut di IPT di mana silibus asasnya adalah sama dengan latihan kadet di kolej-kolej cabang perkhidmatan namun latihan keseluruhannya  tidak dapat menandingi mutu latihan di pusat-pusat latihan kadet Angkatan Tetap terutamanya UPNM yang memberi latihan secara fundalmental serta bertanggungjawab dalam meningkatkan pengetahuan dan status akademik angkatan bersenjata dengan menawarkan gelaran sarjana di bidang teknik, ilmu pengetahuan dan pengurusan sementara tidak mengabaikan keperluan dasar dari latihan tentera.

Sebelum layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda, kadet PALAPES perlu menjalani latihan yang diperuntukan hampir 300 jam setahun secara keseluruhannya merangkumi latihan tempatan, latihan kem tahunan dan latihan pentauliahan.  Sepanjang latihan mereka diberi makan percuma dan insentif RM4.00 sejam bagi latihan tempatan, RM27.71 sejam bagi latihan berterusan, khemah tahunan dan perbarisan tamat latihan di samping bountytahunan sebanyak RM520.00.  Insentif-insentif yang diterima sekali gus dapat meringankan beban perbelanjaan sepanjang pengajian.





ISI 2
Saya berasa begitu berbangga kerana saudara saudari sekalian telah memilih untuk menyertai bidang ketenteraan yang merupakan profesyen yang terunggul di dunia. Saudara saudarilah antara kesatria contoh anak muda dari pelbagai kaum dan bangsa.yang bukan sahaja berpengetahuan malahan juga mempunyai daya kepimpinan seperti seorang tentera. Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan kepada semua tentang empat aspek penting sebagai pedoman kita bersama.

Yang pertama, tahap profesionalisme merupakan sifat terpenting sebagai seorang tentera. Justeru, sentiasalah komited dan peliharalah sifat profasionalisme yang tinggi dan berusahalah untuk jadi yang terbaik. Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk Berjaya.

Yang kedua ialah disiplin yang tinggi, berintigriti dan sentiasa jujur melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar anda menjadi contoh teladan dan mengamalkan sikap kepimpinan dalam dunia awam serta melaksanakan setiap kewajipan yg telah dipertangjawabkan.

Ketiga, kerohanian, ia perlu diperkukuh dengan empat gabungan elemen iaitu akal, rohani, nafsu dan qalbu. Unkapan setia kepada negara dan setia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal erti menyerah oleh sumpah yang telah diangkat yang tidak boleh diabaikan serta tidak boleh dipermainkan.

Keempat,kewajipan, kepekaan terhadap persekitaran diperlukan, khususnya corak ancaman masa kini dan masa hadapan, serta berperananlah sebagai banteng pertahanan kedua negara. Sentiasalah komited dengan kewajipan ini pada bila-bila masa.


ISI 3

Para Hadirin sekalian,

Di dalam sesebuah negara, sudah pasti ada beberapa organisasi yang diterajui oleh sekumpulan orang yang mempunyai semangat kenegaraan dan berjuang demi negara Salah satu dari organisasi tersebut dipanggil askar, seperti yang para hadirin sedia maklum bahawa tugas askar ini sangat berat. Selain menjaga keamanan negara, mereka juga ialah benteng pertama pertama jika negara diserang musuh.

Aspek kepimpinan merupakan salah satu elemen yang paling penting di dalam mana-mana organisasi, ianya menentukan arah dan matlamat organisasi. Apabila pemimpin dapat melihat dengan jelas apa yang berada di hadapannya, maka jelaslah arah perjalanan  kumpulan yang dipimpinnya.

Orang sering menganggap bahawa latihan ketetenraan sebagai latihan yang berbentuk peperangan, keganasan, permusnahan dank kekerasan semata. Walaupun anggapan “tentera adalah senjata dan senjata adalah tentera” merupakan ciri pertahanan negara, namun pembinaan mutu kepimpinan merupakan salah satu unsur yang diberi penekanan oleh PALAPES UKM. Semenjak ianya dibentuk pada tahun 1979.

‘Biarlah bermandi peluh semasa latihan supaya tidak bermandi darah di dalam medan peperangan’. ini adalah ungkapan yang kita sering dengar bagi organisasi keselamatan. Ungkapan ini adalah untuk memberi lebih semangat kepada saudara saudari tidak kiralah yang sudah menghabiskan semua latihan ataupun belum. Ini kerana latihan sangat penting untuk memantapkan jati diri seseorang manusia itu.




ISI 4

Saudara Saudari Pewaris Generasi Bangsa,  

Melahirkan seorang Pegawai Kadet yang mempunyai sikap dan disiplin yang tinggi adalah satu tugas yang cukup berat untuk direalisasikan. Pelbagai cabaran dan dugaan pasti akan datang. Namun jika hasrat baik dan murni ini dilentur dan ditempa sudah pasti ia akan mengikut acuan yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, jika inginkan sebilah keris yang berkualiti maka ia sudah pasti akan melalui pelbagai proses yang cukup teratur. Ia sama juga dengan melahirkan seorang Pegawai Kadet. Jika kita inginkan Pegawai Kadet yang kuat dari aspek mental dan fizikal maka pelbagai aspek perlu dititikberatkan samada melalui latihan ketenteraan mahupun ilmu akademik. Konsep kesamarataan ilmu ketenteraan dan akademik perlu wujud dalam sanubari setiap pegawai kadet.

Di majlis ini juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pegawai-pegawai yang terlibat dengan PALAPES, atas daya dan usaha mempromosikan PALAPES UKM tanpa ada sedikit rasa jemu pun akhirnya terbalas jua hari ini apabila seramai 205 orang pegawai kadet Peringkat Junior, 125 orang Peringkat Intermediate dan 165 orang peringkat Senior dan jumlah keseluruhan adalah seramai 495 orang. Angka keseluruhan ini merupakan satu angka yang cukup besar ertinya bagi PALAPES UKM. Justeru itu, saya ingatkan sekali lagi kepada anda semua yang berada dihadapan saya ini untuk kuatkan mental dan cekalkan azam untuk terus kekal dalam keadaan yang amat-amat baik.







Penutup

Akhir kalam, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam PALAPES UKM , ucapan terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini serta ucapan terima saudara dan saudari lagi kepada semua yang hadir pada pagi ini.

WabillahiTaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, Terima Kasih.


harap boleh bantu sesiapa sahaja buat ucapan dengan baik. mungkin ade terkurang, maafkan lah ye hihhihhi

No comments:

Post a Comment