Sunday, November 4, 2018

BEST STUDENT DO

                Haiiiii gaisssss, hari ni nak kongsi TIPS-TIPS jadi best student, best student bukan dalam pelajaran jee, biar kita cuba semua waktu student life, baru bermakna and ada kenangan indah.....
             Ye betul bila kau nak berjaya kau kene korbankan waktu2 main kau semua tu tapi ADAKAH itu membantu dalam SOSIAL kau? ADAKAH belajar bantu kau bertindak dengan WARAS? not 100% aku nak bagi TIPS untuk korang sentiasa SEIMBANG dalam LIFE korang as a student lah ye ...

TIPS-TIPS PELAJAR TERBAIK:

1. NIAT
              Gaisssss niat tuh penting weihhhh, samada niat kau tuh kerana ALLAH, nak banggakan ibubapa or memang niat kau tu untuk masa depan kau, GINILAH selagi kau ada niat dalam diri kau, selagi tu kau akan berjaya. KENAPA? sebab niat tuhhh matlamat, pegangan and yang paling penting niat tu adalah penyebab kenapa kau kene berjaya. Contoh lah kan, Kau belajar kat matrik, LIFE matrik nih kau kene perform study and perform koko, kalau tak susah kau nk dapat UNIVERSITI2 ternama kat malaysia ni. So selagi ade niat, ia membantu kau untuk kembali balik belajar even kau melepak or suke buat bende lagha, sebab tu niat tu penting !!!  faham tak?

2. RANCANG
                rancang nih bukan orang lain yang rancang untuk kau, tapi kau yang merancang sendiri perjalanan hidup kau as student. rancang penting untuk kau seimbangkan masa belajar and masa kau bersosial. Contoh, kau rancang SEM1 kau nak perform study, so kau sosial lah dengan kadar yang sedikit, tapi bersosial tuh wajib untuk kau build confident kau, ye betul kalau kau duk blajar je kau dapat 4FLAT, tapi kau yakin ke 4FLAT kau tu boleh jamin masa depan kau?  if kau dapat 3.7 tapi ade soft skill in communication or programmer let say, bende2 ni la yang kau bawak in real life, die tak bawak tajuk intergrate waktu kau nak beli sayur, yang bawaknya ialah macam mana kau nk tawar untuk dapat sayur yang murah

3. INGAT TUHAN
               korang pernah tak satu2 masa korang rasa hidup korang KOSONG je? mesti punya...... sebab ape korang jadi macam tu? sebab hubungan kau dengan tuhan ta baik, if korang nak jiwa tenang and rasa smooth je LIFE korang, jangan tinggal SOLAT, aku bukan lah baik sangat nak kata gini, tapi ini lah satu satu solution untuk buat kau rasa tenang je, bila tenang kau boleh belajar and main tanpa risau hohohho..... srs niiii!!!!

4, SUPPORTER
               aku nak nasihatkan semue bende yang kau buat, pastikan ada supporter yang penting adalah dapatkan semangat dari parents, IBU terutamanya, walaupun kau nampak macam remeh je, tapi ibu lah pembakar semangat paling baik buat kita, tak kesah la kita buat apa pun. yang kedua boleh mintak support dari 'gf '' bf '' member2 '. bagus kalau ade support ni, sebab akan pindahkan stress kita dekat orang lain, secara tak langsung bantu memudahkan kau.....

           Baik, itu sahaja perkongsian kita harini, nanti-nanti kita akan bincang pulak macam mana cara untuk hidup berdikari as seorang anak. assalamualaikum..