Friday, December 21, 2018

Kesan peningkatan pelajar perempuan di IPTA kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.

berikut adalah tugasan citra yang aku kena buat iaitu menulis esei. karanga  ini adalah origininal dari aku huhhuhuhuh

(tugasan citra) Kesan peningkatan pelajar perempuan di IPTA kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Sejak negara menikmati kemerdekaan, semakin banyak Universiti yang telah dibina bagi memantapkan institusi pendidikan negara. Pada tahun 2017, 21 buah IPTA telah ditubuhkan dan lebih 500 buah IPTS di seluruh negara. Saban tahun terdapat satu isu yang seriing kali akan diperdebatkan dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu isu berkenaan denngan peningkatan pelajar perempuan di IPTA. Bukan sahaja IPTA, malahan juga IPTS. Mengapa terjadi begitu? Ini kerana antara factornya ialah tahap kematangan seseorang perempuan itu lebih cepat daripada lelaki. Apabila seseorang mencapai tahap kematangannya, dia boleh berfikir dengan waras samada sesuatu yang dilakukan itu bermanfaat atau tidak pada masa yang akan datang. Terdapat beberapa kesan apabila angka bilangan mahasiswa perempuan meningkat di institusi pendidikan.


Terdapat beberapa kesan positif yang timbul apabila, lebih ramai wanita mendapat tempat di IPTA dan IPTS. Antaranya ialah apabila sesuatu syarikat itu memiliki ramai pekerja perempuan, maka syarikat itu akan lebih teratur. Ini kerana sifat perempuan yang sentiasa teliti akan apa sahaja kerja yang dia buat akan lebih teratur. Ianya memberi kesan positif kepada sesebuuah syarikat. Sebagai contoh banyak pekerjaan yang sudah mula membuka peluang kepada golongan wanita untuk diceburi. Antara contoh pekerjaan tersebut ialah jurutera dan juruterbang. Ini kerana sifat teliti golongan perempuan membuatkan mereka juga sesuai untuk mengisi peluang pekerjaan tersebut. Oleh itu, apabila sesuatu syarikat itu mempunyai pekerja berlainan jantina, hasilnya akan lebih baik dan cemerlang.


Di samping itu, apabila mahasiswa wanita ini sudah bergraduasi, mereka akan lebih mudah untuk mendapat pekerjaan yang mampu memberi jaminan masa hadapan mereka. Meraka juga tadak memerlukan bantuan kewangan daripada ibu bapa mahupun suami kerana pendapatan mereka itu dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian. Apabila sudah berumah tangga, mereka juga dapat membantu suami mereka dalam usaha membuat kehidupan berumah tangga lebih selesa. Sebagai contoh, jika hendak membeli rumah banglo, ianya memerlukan pendapatan isi rumah RM 15,000. Apabila gaji suami tidak cukup untuk melayakkannya membeli rumah, gaji isteri juga boleh di campurkan untuk memenuhi syarat tersebut. Oleh itu, keadaan ini memberikan kesan yang baik dalam meningkatkan gaya hidup sesebuah keluarga.


Antara kesan buruk peningkatan tersebut ialah akan berlakunya ketidak seimbangan dalam pekerjaan. Apabila yang bergraduasinya ramai terdiri daripada golongan wanita, maka limpahan dalam dunia pekerjaan juga terdiri dari golongan wanita. Ketidak seimbangan ini aku menyebabkan sektor pekerjaan yang professional akan didominasi oleh golongan wanita. Adakah keadaan ini baik untuk negara? Pada pendapat saya, wanita dan lelaki masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Wanita memiliki sifat yang lemah lembut, teratur dan teliti. Malangnya golongan ini juga mudah membuat keputusan berdasarkan emosi mereka, mereka kurang memikirkan tentang apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang. Akibatnya dalam sektor pekerjaan bahagian professional, banyak keputusan yang diambil berdasarkan jangka masa yang dekat. Contohnya, akibat daripada limpahan graduan mahasiswa golongan perempuan di alam pekerjaan yang professional, semakin banyak syarikat yang berasaskan kecantikan yang kian wujud di dalam pasaran ekonomi semasa. Jadinya inovasi syarikat-syarikat yang lebih terbuka seperti mesen-mesen akan berkurangan kerana kebanyakan inovasi yang melibatkan penggunaan jangka panjang ini adalah dari pada golongan lelaki.



Selain itu, masalah keluarga juga akan terkesan jika perkara ini berlarutan, selalunya pada zaman 90’an dahulu perempuan yang mendapat peluang pendidikan kurang berbanding lelaki. Oleh itu, apabila mereka bersaing dalam mencari peluang pekerjaan pun adalah kurang. Pada zaman ini, isteri berkemungkinan kelayakan yang lebih tinggi daripada suami, mungkin juga isteri mendapat pendapat yang lebih lumayan dari suami, perkara ini akan menjadikan adat kekeluagaan itu semakin hilang. Apabila adat dimana isteri menguruskan pakaian dan makanan manakala suami pula mencari nafkah itu tiada, hubungan dalam keluarga juga akan terjejas kerana tiada banyak komunikasi dalam rumah malahan juga isteri akan berasa kurang hormat dengan suami kerana perbezaan pendapatan. Sebagai contoh, isteri merupakan seorang Doktor pakar manakala suami pula merupakan kerani biasa di sebuah syarikat. Situasi ini, akan menjejaskan kehidupan rumah tangga yang harmoni kerana sebagai doctor, isteri tersebut sangat lah sibuk sampaikan akan lupa tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami mengambil alih kedudukan dan isteri tersebut. Perkara ini akan menjadi bertambah buruk apabila suami tersebut mula bosan dan akan mencari kesalahan isteri seterusnya mencari pengganti yang lebih sesuai untuk dirinya. Ini lah masalah2, yang terjadi masa kini akibat peningkatan mahasiswa golongan wanita di university ini.



Kesimpulannya, apabila masalah ini timbul, pihak university haruslah mengambil cakna akan isu ini. Pada pendapat saya, menetapkan had kuota bagi sesuatu golongan itu akan lebih efektif dan baik. Mungkin sestengah individu menganggap ini adalah sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita, akan tetapi masalah ini akan membawa kesan seiring dengan perubahan zaman. Oleh itu, untuk mengawal isu ini, tindakan yang wajar harus dilakukan oleh kerajaan dan institusi pengajian tinggi.

No comments:

Post a Comment