Friday, December 21, 2018

Kesan peningkatan pelajar perempuan di IPTA kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.

berikut adalah tugasan citra yang aku kena buat iaitu menulis esei. karanga  ini adalah origininal dari aku huhhuhuhuh

(tugasan citra) Kesan peningkatan pelajar perempuan di IPTA kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Sejak negara menikmati kemerdekaan, semakin banyak Universiti yang telah dibina bagi memantapkan institusi pendidikan negara. Pada tahun 2017, 21 buah IPTA telah ditubuhkan dan lebih 500 buah IPTS di seluruh negara. Saban tahun terdapat satu isu yang seriing kali akan diperdebatkan dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu isu berkenaan denngan peningkatan pelajar perempuan di IPTA. Bukan sahaja IPTA, malahan juga IPTS. Mengapa terjadi begitu? Ini kerana antara factornya ialah tahap kematangan seseorang perempuan itu lebih cepat daripada lelaki. Apabila seseorang mencapai tahap kematangannya, dia boleh berfikir dengan waras samada sesuatu yang dilakukan itu bermanfaat atau tidak pada masa yang akan datang. Terdapat beberapa kesan apabila angka bilangan mahasiswa perempuan meningkat di institusi pendidikan.


Terdapat beberapa kesan positif yang timbul apabila, lebih ramai wanita mendapat tempat di IPTA dan IPTS. Antaranya ialah apabila sesuatu syarikat itu memiliki ramai pekerja perempuan, maka syarikat itu akan lebih teratur. Ini kerana sifat perempuan yang sentiasa teliti akan apa sahaja kerja yang dia buat akan lebih teratur. Ianya memberi kesan positif kepada sesebuuah syarikat. Sebagai contoh banyak pekerjaan yang sudah mula membuka peluang kepada golongan wanita untuk diceburi. Antara contoh pekerjaan tersebut ialah jurutera dan juruterbang. Ini kerana sifat teliti golongan perempuan membuatkan mereka juga sesuai untuk mengisi peluang pekerjaan tersebut. Oleh itu, apabila sesuatu syarikat itu mempunyai pekerja berlainan jantina, hasilnya akan lebih baik dan cemerlang.


Di samping itu, apabila mahasiswa wanita ini sudah bergraduasi, mereka akan lebih mudah untuk mendapat pekerjaan yang mampu memberi jaminan masa hadapan mereka. Meraka juga tadak memerlukan bantuan kewangan daripada ibu bapa mahupun suami kerana pendapatan mereka itu dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian. Apabila sudah berumah tangga, mereka juga dapat membantu suami mereka dalam usaha membuat kehidupan berumah tangga lebih selesa. Sebagai contoh, jika hendak membeli rumah banglo, ianya memerlukan pendapatan isi rumah RM 15,000. Apabila gaji suami tidak cukup untuk melayakkannya membeli rumah, gaji isteri juga boleh di campurkan untuk memenuhi syarat tersebut. Oleh itu, keadaan ini memberikan kesan yang baik dalam meningkatkan gaya hidup sesebuah keluarga.


Antara kesan buruk peningkatan tersebut ialah akan berlakunya ketidak seimbangan dalam pekerjaan. Apabila yang bergraduasinya ramai terdiri daripada golongan wanita, maka limpahan dalam dunia pekerjaan juga terdiri dari golongan wanita. Ketidak seimbangan ini aku menyebabkan sektor pekerjaan yang professional akan didominasi oleh golongan wanita. Adakah keadaan ini baik untuk negara? Pada pendapat saya, wanita dan lelaki masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Wanita memiliki sifat yang lemah lembut, teratur dan teliti. Malangnya golongan ini juga mudah membuat keputusan berdasarkan emosi mereka, mereka kurang memikirkan tentang apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang. Akibatnya dalam sektor pekerjaan bahagian professional, banyak keputusan yang diambil berdasarkan jangka masa yang dekat. Contohnya, akibat daripada limpahan graduan mahasiswa golongan perempuan di alam pekerjaan yang professional, semakin banyak syarikat yang berasaskan kecantikan yang kian wujud di dalam pasaran ekonomi semasa. Jadinya inovasi syarikat-syarikat yang lebih terbuka seperti mesen-mesen akan berkurangan kerana kebanyakan inovasi yang melibatkan penggunaan jangka panjang ini adalah dari pada golongan lelaki.



Selain itu, masalah keluarga juga akan terkesan jika perkara ini berlarutan, selalunya pada zaman 90’an dahulu perempuan yang mendapat peluang pendidikan kurang berbanding lelaki. Oleh itu, apabila mereka bersaing dalam mencari peluang pekerjaan pun adalah kurang. Pada zaman ini, isteri berkemungkinan kelayakan yang lebih tinggi daripada suami, mungkin juga isteri mendapat pendapat yang lebih lumayan dari suami, perkara ini akan menjadikan adat kekeluagaan itu semakin hilang. Apabila adat dimana isteri menguruskan pakaian dan makanan manakala suami pula mencari nafkah itu tiada, hubungan dalam keluarga juga akan terjejas kerana tiada banyak komunikasi dalam rumah malahan juga isteri akan berasa kurang hormat dengan suami kerana perbezaan pendapatan. Sebagai contoh, isteri merupakan seorang Doktor pakar manakala suami pula merupakan kerani biasa di sebuah syarikat. Situasi ini, akan menjejaskan kehidupan rumah tangga yang harmoni kerana sebagai doctor, isteri tersebut sangat lah sibuk sampaikan akan lupa tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami mengambil alih kedudukan dan isteri tersebut. Perkara ini akan menjadi bertambah buruk apabila suami tersebut mula bosan dan akan mencari kesalahan isteri seterusnya mencari pengganti yang lebih sesuai untuk dirinya. Ini lah masalah2, yang terjadi masa kini akibat peningkatan mahasiswa golongan wanita di university ini.



Kesimpulannya, apabila masalah ini timbul, pihak university haruslah mengambil cakna akan isu ini. Pada pendapat saya, menetapkan had kuota bagi sesuatu golongan itu akan lebih efektif dan baik. Mungkin sestengah individu menganggap ini adalah sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita, akan tetapi masalah ini akan membawa kesan seiring dengan perubahan zaman. Oleh itu, untuk mengawal isu ini, tindakan yang wajar harus dilakukan oleh kerajaan dan institusi pengajian tinggi.

Thursday, December 20, 2018

ROOM MATE

BILA masuk ukm nihhh aku disediakan dengan seorang room mate yang berbangsa china, tapi islam, and duduk sabah, nama dia Luqman Ali Wong. tapi aku panggil die Man je, die ni ade beberape habbit yang aku sendiri tak dapat nak adept, contohnya:

BURUNG HANTU:

siang bagaikan malam die, malam bagaikan siang die, tapi die pergi kela, hahahaha and die pandai bahagi masa, tapi kelemahan die adelah kurang bercakap.

JIN:
die adelah pengisap rokok murah tegar, bilik aku tu kiranya memang berasap jelaaaa, memang bau. aku ni bukan nya ape tapi aku terkene tempias bile baju aku berbau,  perghhhhh ramai gilaaaa yang tanyaaaa, sedij je aku hahahahhaahha'

LAYAN YIUTUBE:

kalau tngk die main hp je mostly die tngh main youtube, aku pun tak tau kenape, tapi macam tuh laaa, aku okay je

LUPA

setiap manusia ade kelmahan die yang tersendiri, macam aku, aku punye kelemahan aku ialah mudah lupa, tak kesah sekecik kecik bende sampai sebesar besar benda aku mesti akan lupa, aku sebenarnya perlukan orang untuk sentiasa mengingatkan aku,

hakikatnya aku kada sapa hahaaha, antara benda benda yang aku lupa ialah:

DOMPET:

harini aku hilang dompet aku, haihhh first time hilang betul-betul aku rase macam dah tak bernyawa dah ni, selalunya aku lupa tapi jumpe balik, kalini aku lupa tapi takjumpe dah , huhhhh sedih bak hang, dompet nih dah laaa ex aku yang ke 21 yang bagi haihhhhh sendu sat, sayangnye.....dalam dompet tu ade sejumlah wang yang agak banyak bagi aku tapi ntahhhh hahahahahaha sendu laaaaa

KUNCI MOTOR:

aku selalu lupe mana aku letak kunci motor, sebab takde tempat gantung hahahhaaaaa, ade sekali tuhh aku keje and aku pergi rehat kat mamak bile aku balik je aku lupe bawak kunci tuhhhh, lepas sejam aku kt tempat kerja aku baru perasan aku takde kunci motor, nasib baik lah mamak tu baik hahahhhahah

LUPA AKAN DIRI BERPUNYA:
selalunye aku suke chat dengan perempuan and cakap aku single tapi sebenarnye tak hahahaha, senang je nak dpt awek ni , janji kene single, pastu petik jari je weih hahahaha, so aku sarankan jangan laaaaa lupe akan diri tu dah berpunye hihihiih

KISAH HANTU ASRAMA PART 1

aku sebelum jadi mahasiswa aku ade duduk asrama and aku jugak ade duduk dekat kolej (kmp) lama laa bangunan nya, aku bukan ape bukan nak takut-takutkan korang tapi ni cerita betul..

aku cerita waktu aku jumpe hantu dekat asrama,

pada satu hari aku demam tau and esok nya exam, aku memang demam terok laaa, aku pulak tido kat katil atas sebelah tingkap, dekat denga bilik air. waktu tu pukul 3 pagi aku bangun sebab tak tahan kencing, biasa laa demam kan, tapi aku waktu bangun tu aku ade dengar bunyi orang jalan tapi end up memang takde, sape sebab kalau ade orang jalan mesti aku nampak sebab aku sebelah tingkap

aku bukak lampu study, lepastu suddenly aku tertidur balik tapi malangnya aku terbangun 15 minit kemudian tapi bile aku bangun tu sesuatu terjadi kat aku, tiba tiba lampu study tertutup, and aku dengar bunyi kuat gile kat keliling aku, bunyi nya macam kapal terbang yg rendah, dekat gile,
aku tak tau tu ape so aku tekup muka aku dengan selimut. 10 minit kemudian bunyi tu hilang.

tapi bunyi lain pulak datang, tapi bunyi ni buat aku tak sedap hati, aku nih dah laaa demam waktu tu lepas tu ade bunyi yang pelik pulak tu dekat hujung penjuru dalam bilik asrama aku, sorang pun tak bangun semue dah tido, aku try nak tengok, guess what ape aku nampak ? aku nampak sekor mahluk tenga merangkak kat atas dinding kat penjuru, sumpa rase nak nangis, bunyi tu mcm nak makan aku.

aku try tutup mata aku suddenly aku bukak mata lampu aku berkelip kelip nak bukak and bende tu takdedah,
orait ringkas je story aku......

MINGGU PERTAMA MASUK UKM

aku ni dari KMP, aku sorang de Dari KMP yang masuk kolej keris mas dalam UKM ni, so bile dapat tawaran tu rase like sedih sikit laaa sebab x dapat dengan kawan2 KMP.

watu masuk UKM ni aku dapt 2 orang kawan waktu hari pertama, jiran bilik aku, dorang ni baik gile
kami ni dah macam sehati sejiwa. tapi salah seorang dari tu dah keluar UKM sebab ntah laaaaa aku pun tak tau, sorang lagi tu jadi kawan baik aku, nama die hanif.




die nih perform, walaupun die serabut kerje die jalan jeeeee, aku perati je, die ni orang johor. aku pon hahahah tapi kan die ni memahami laaa bagi aku, baikkkk mmmmm

bila masuk UKM ni minggu pertama tu dipanggil minggu mesra mahasiswa MMM, dalam minggu MMM ni kira penat jugak laaa, semua bende nak kene ikut, aku stress jugak laaaa, seminggu tu rase macam neraka do, kesana kesini huhhhhh, dah laaa UKM besar. mmmm


inilah gambarannya, dalam DECTAR, bestnya bila ade perang DECTAR




ni gambaran perang DECTAR..... hihhiihi

MINAT

aku ade minat aku sendiri, aku minat macam-macam, minat aku lebih kepada dapat balik duit, aku tak suke bende yang tak mendatangkan hasil dekat diri aku sendiri. antara minatnya:

CAMERA:
aku suke camera sebab memang suka tangkap gambar orang, aku tak suke tangkap gambar sendiri sebab aku bukan fotogenik, aku ade camera canon 700D.
 canon ni bagus untuk shoot video, colour lawa, and bagi aku okay laa untuk beginers, harga die lebih kurang RM3000,

nak cakap pasal pendapatan pulak, pendapatan bile jadi camera man ni memang masyuk, kalau untuk wedding, sekali shoot video dalam RM1200.

HANDPHONE:
aku suke tengok handphone sebab aku suke tengok teknologi, teknologi bagi aku satu bende yang istimewa, and sentiasa berkembang. aku memang suke brand IPHONE sebab camera je, yang lain biasa. kalaulah ade phone yang ade camera yang baik, aku akan prefer phone tu dari IPHONE
tapi aku suke phone yang bateri die padu, charge kejap tapi tahan 2 hari, aku kadang2 dilema walaupun xde duit hahahahhaha

KEHIDUPAN LEPAS UNI

aku tak tau kehidupan ni tapi ni nih laaaa yang aku target
aku dari aku FORM 4 ni aku dah buat satu target sampai aku 45 tahun. sebab ape? sebab aku nak berjaya hahahahahhaaaaaa.

aku targget SPM aku 8A, alhamdulillah aku berjaya dapat 8A, untuk aku sambung pelajaran




aku target masuk UKM satu nanti, alhamdulillah allah tunjukkan jalannya


aku jugak target bile aku umur 28, aku kahwin


bila umur aku 30 tahun, aku akan pastikan aku ade syarikat yang stabil, aku tak kisah samada besar atau kecil, aku cuma nak syarikat yang stabil

pada umur aku 40 tahun berazam aku nak dapat gelaran dato' insyaallah nanti.

kehidupan selepas uni ni mencabar, bagi aku uni ni just platform untuk kita lebih selesa pada kehidupan yang akan datang kelak, maksud aku kira die

CARA NAK RELEASE STRESS

aku seseorang yang suke stress sebab aku ade banyak tanggungjawab, waktu aku kat matrik dulu aku JPP, sekarang kat UKM pulak aku jadi somebody, aku ni tak tau lah. tapi aku ade cara nak release stress aku.

antara yang aku buat:

MAIN GAME:
aku memang suke main satu atau dua game waktu aku stress, biasenye main ML lah , sebab mudah, just bukak hp and main, selalu nye kalau menang stress aku hilang lah , kalau kalah bertambah lahhh ahahhahaha. tapi tuh laaa antara caranya yang aku guna.

aku ni pro sikit dulu, bile dah masuk uni aku perlahankan kadar aku main game sebab banyak komitmen lain. huhuuuuu

CHAT DENGAN ORANG:
aku memang suke chat dengan orang sebab aku rase chat nk satu rangkaian atau medium yang senyap tapi berkomunikasi jadi bile chat ni aku dapat release stress dengan cara komunikasi dengan diam. tapi selalunye aku chat dengan perempuan aka bagi harapan pastu aku blahhhh, macam tuh laaaa.
tapi takperlu lah aku bagi gambar hahhahhahaha'

BERSUKAN:
bagi aku bersukan ni bagus untuk release stress, aku selalu berjoging kalau aku stress sebab aku rase dapat satu feel yang aku tak boleh nak describe, aku sokong kalau nak main gym, gym tu bagus sebab ade trsck meal semue tu.
so ade banyak benda yang bagus kalau pi gym. yang detail tu korang boleh google

FAKULTI UKM (ENTREPRENUER)

aku adelah mahasiswa dari fakulti ekonomi dan pengurusan, fakulti pengurusan ni dekat tengah tengah UKM, antara PTSL,FST dan FSSK, ni ade lah fakulti katogori tengah-tengah.


aku nak cerita sikit fakulti aku ni. fakulti aku ni ade 4 kursus utama iaitu:
1. ACCOUNTING
2. BUSINESS MANAGEMENT
3. ECONOMI
4. ENTREPRENUER AND INOVATION

aku amik kursus yang keempat, okay macam ni aku mula-mula dapat tawaran dapat entreprenuer ni aku macam tak bersyukur, tapi bile dah masuk ukm aku rase macam why not aku just teruskan je, aku masuk atas pilihan pertama. aku suke ekonomi and account tapi aku rase memang tempat aku kat entreprenuer so aku pon mmmmmmm terima jelaaaa.

jadi aku try buat researh tentang entreprenuer ni, and aku makin jatuh cinta dengan kursus ni, so aku teruskan je. tamatt ahahahahahah

KEHIDUPAN MAHASISWA TANPA MOTIVASI

aku ni seseorang yang suke motivasi, kalau seseorang tu ade motivasi die akan terdorong untuk buat sesuatu yang baik. aku dahagakan sesuatu yang bermotivasi. aku memang suke motivasi sebab aku akan rase lebih tenang. bila seseorang tu takde motivasi dalam hidup, die akan rase lost dalam hidup die, rase die memang malas gile.

bile rase lost ni, slalunye kite tak boleh belajar, selain tak boleh belajar rasa macam buat semue bende tak kena, aku percaya semua pernah rase tapi huhhhhhhhhh aku tak tau macam rase die.

kalau kita hilang motivasi jugak kite senang buat perkara yang bodoh, aku sendiri pernah rase, rase bodoh gile, macam tak percaya kite boleh buat bende tu, semua jugak sebab kita jauh dari tuhan jadi kita mesti ingat tuhan balik, buat balik ape yang disuruh dan tinggal ape yang


baca doa ini insyaallah kita akan termotivasi dan lebih tenangkan hati kita, insyaallah.
aku memang sarankan kalau mahasiswa macam takde motivasi ni just kembali kepada dia, insyaallah semuanya akan kembali normal , and one more thing jauhi maksiat huhuhh

perpustakaan UKM

UKM ade satu perpustakaan yang merupakan perpustakaan terbesar dalam asia tenggara, aku nak bagitau serba sedikit tentang perpustakaan ni.


ade 5 tingkat tak silap aku, aku suka duduk dekat tikat ke tiga sebab bagi aku selesa, tepulang lah dekat orang, die suke yang mana.

tingkat tiga ni banyak buku-buku geologi, psychology and etc. aku suke tingkat tiga sebab boleh bising-bising dengan tenang

nih tingkat 3, best sebab boleh belajar by group and boleh agak bising, kalau rase nk alone boleh ke tempat sunyi yang dah disediakan, tempat tu aku pun tak tau macam mana hahahahaaaa, tapi asal aku lalu tempat tu je mesti orang pandang sebab bunyi kaki.

TINGKAT 4:

bila masuk-masuk ptsl je memang tingkat 4, dekat tingkat 4 ni ade macam-macam , sinilah tempat pinjam dan pulangkan buku dan tingkat 4 jugak ade tempat buku tamadun islam....

kalau tingkat 5 tu same je dengan tingkat 3 tapi die just banyak buku sains.








GIRLFRIEND MAHASISWA

mahasiswa-mahasiswa ni nakal-nakal sebenarnya, ade je yang nerd tapi mostly nk mencari pasangan, bile dah jadi mahasiswa ni ramai yang lawa-lawa sebab perempuan dah capai tahap kematangan dalam kecantikan.

GIRLFRIEND aku:
aku sebnarnya ade banyak GF, GF guess what aku ade berapa? hahahaha aku ade 21 Ex, mmmmmm aku memang suke main kan hati perempuan tapi lately ni aku dah insaf, aku dah setahun tak buat kerja ni. sebagai mahasiswa aku ambik tekad untuk rehat dari rapat rapat dengan perempuan. kenapa? sebab biala dah jadi mahasiswa ni, aku ada banyak tanggungjawab tapi so aku nak rehat dari couple.

YANG PERTAMA:
dia ni aku couple dari darjah 5 sampai sampai umur aku 18 tahun, dalam kata lain aku couple dengan die ni 7 tahun laaaa, mmmm die first love tapi endup die kate kitorang ni just cinta monyet je. hancur bhai hati aku.
okay ni gambar die, follow laaaa die hahaaha tapi jangan cakap dari blog ni, mati aku kene bunuh

YANG KE 21:
die ni Ex yang paling aku sayang sebab die sangat tahan perangai aku, lagi satu die faham perangai aku. Die bagus tapi masalahnya aku terpaksa lepaskan die sebab aku mahasiswa, aku ade cita-cita aku sendiri dan aku nak capai. lepas dah berjaya aku akan cari balik Ex aku yang 21 ni. harap-harap die still tunggu aku laaaa. haihhhhh

ni yang ke 21, orang kelantan, lawa baik dan aihhh perfect fo me, MU TUNGGU AKU DATANG hahahahhaahaaaa.

MEDIA SOSIAL MAHASISWA

media sosial sekarang ni makin berleluasa tauuu, pengguna paling ramai guna ialah dari mahasiswa, ade yang gunakan dengan betul , ada yang tak, MAHASIWA buat tu ada banyak sebab, antaranya sebab nak kenal orang, nak famous dan nak jadi businessman.

INSTAGRAM:
instagram sekarang antara yang paling banyak digunakan, sebab apaa? ntah laa aku pon tak tau, dah macam menagih dadah dahhh buat main bende ni, kalau korang nk tau mahasiswa ukm ni ramai yang buat business antaranya macam ni

ini adalah instagram dari seorang mahasiswa ukm, sambil belajar sambil buat duit. jadi korang tunggu apa lagi. heheh



FACEBOOK:
facebook bagi aku medium paling aku suke antara semua media sosial, facebook nih bagi aku merangkumi semuanya, dia ade video macam youtube boleh meniaga macam mudah.my dia jugak ade game. bagi aku facebook function dalam hidup aku.
'

nih contoh facebook aku, aku more tengok kepada gaming, so apa apa aku tengok dekat facebook je, live ke ape ke semua melalui FB..


YOUTUBE:
youtube nih medium yang baik dan tak baik ahhahahaha, tapi mostly aku akan guna dengan baik sebab apa-apa kalau aku tak faham sesuatu aku akan tengok youtube, contohnya belajar excel so aku akan tengok youtube nak bagi lagi paham.





PEMAKAIAN DI UKM

Assalamualaikum, okay baik semua tau nak masuk UM, UPM and UKM ni bukan senang, dan apabila dah masuk jangan ingat universiti hebat-hebat ni strict, Uni ni tak strivt sangat, contohnya boleh tengok dari segi pemakaian, memang takde halangan nak pakai ape, tak payah pakai kemeja pun takpe, ade sesetengah tu pakai baju tidur je pi kelas pastu pakai selipar.

ni yang biasa mahasiswa UKM pakai, smart kannnn?
tak tengok aku pakai lagi hahahhahahaha, aku selalunya pakai sweater, sweater hitam ni bagi aku senang, sesuai dengan semua tempat. tak payah nak pikir pasal baju lain.

perempuan pulak kalau kat UKM ni style die macam nih jelaaaa, hahahah kadang kadang muak jugak, aku lagi suke yang pakai baju kurung macam tu, lagi nampak ayu dan macam gadis melayu
terakhir gitu huhu....

ni pakaian aku kat UKM ni, antaranya laaaa hehehheheeee, macam model kann huhuuh

PAKAIAN DI Universiti

bila nak masuk universiti ni mesti korang gelabah nak pakai ape ekkk. mostly yang gelabah ni daripada Matrikulasi ngan STPM sebab dorang dah biasa pakai formal, pakai tie, kasut kulit semua tu . sesetengah unversiti memang pentingkan pemakaian contohnya UUM, UPSI, dan ade beberapa lagi.

ni contoh pakaian lelaki, ade tie, tali pinggang, kasut kulit ngan spect mata. hahahahhahahaa gurau je, spect takyah pun takpe.

kalau perempuan pulak sebenarnya tak kesah pakai ape pun, sebab perempuan ni fesyen die berubah ubah, ade je yang berubah, so kalau dah tutup ape yang patut tu sebnarnya dah kira okay laa tu

contoh pemakaian perempuan, yang penting tak terdedah tu dah kira okay dahhh hahahha

tapi ade jugak beberapa uni yang tak kesah, kita tengok post seterusnya..

UCAPAN TNC KEPADA PALAPES

Sem satu kat UKM ni aku amik 5 subjek wajib dan 2 citra, aku amik 2 subjek citra, dan dua subjek citra tu dekat FSSK aka C2, dua dua tu subjek BM, aku ni tak pandai BM pun hahhahhaha tapi just belajar jelaa kan , kita follow the flow.

aku nak kongsi hasil kerja aku buat teks ucapan TNC ni, ni salah satu assignment aku so why not aku kongsi right? hahahaha here it is!!!






Ucapan Naib Canselor
Y.Bhg. Kolonel Kehormat Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Penasihat PALAPES UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sempena
Istiadat Pertauliahan Diraja
Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-37
Dataran Gemilang, UKM
9.30 pagi
31 julai 2018 (Rabu)


Terima kasih pengacara majlis

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Integrasi Naqli dan Aqli .

Yang berbahagia, Profesor Madya Dr. Haji Roslee Rajikan,
Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni.
Yang Berusaha Mejar Dr Azhan bin Awang,
Ketua Jurulatih PALAPES UKM,

Para Pegawai Tetap dan Sukarela,
Jurulatih-Jurulatih, dan
Para pegawai kadet yang dihormati dan dikasihi sekalian.





Mukadimah

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Serta Selawat dan Salam Atas Junjungan Rasulullah S.A.W. , Para Sahabat Dan Ahli Keluarga Baginda.

1. Pertama sekali marilah kita semua memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya pada pagi yang mulia ini kita dapat bersama-sama berada di Dataran Gemilang ini dalam upacara Pertauliahan Diraja
Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-37. 

2. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan buat kadet-kadet PALAPES UKM yang terlibat kerana dapat menamatkan latihan dengan jayanya. Tahniah juga saya ucapkan kepada 38 pegawai kadet yang terbaik.

Ke Surabaya memakai kopyah,
Dengan hiasa bendera perkasa,
Meski harus bersusah payah,
Dengan kekompakan pasti bisa.

3. Pantun ini membawa maksud yang dalam kepada diri saya sendiri. Saya menujukan kepada saudara dan saudari yang bersusah payah menjalani latihan dalam masa yang sama menimba ilmu di universiti ini. Allah SWT pasti akan memberi ganjaran yang setimpal jika kita berusaha insyaallah.







ISI 1

Hadirin yang saya hormati,

Pada dasarnya objektif penubuhan PALAPES di UKM adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa UKM tentang selok belok ilmu ketenteraan untuk membina jati diri ke arah pembentukan insan berdisiplin dan bersemangat waja.  Di samping menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPT yang terlatih dalam bidang ketenteraan kepada Angkatan Tetap dan Angkatan Simpanan bagi mengukuhkan pertahanan negara.

Latihan PALAPES dijalankan selama 3 tahun sesuai dengan tempoh pembelajaran normal seseorang penuntut di IPT di mana silibus asasnya adalah sama dengan latihan kadet di kolej-kolej cabang perkhidmatan namun latihan keseluruhannya  tidak dapat menandingi mutu latihan di pusat-pusat latihan kadet Angkatan Tetap terutamanya UPNM yang memberi latihan secara fundalmental serta bertanggungjawab dalam meningkatkan pengetahuan dan status akademik angkatan bersenjata dengan menawarkan gelaran sarjana di bidang teknik, ilmu pengetahuan dan pengurusan sementara tidak mengabaikan keperluan dasar dari latihan tentera.

Sebelum layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda, kadet PALAPES perlu menjalani latihan yang diperuntukan hampir 300 jam setahun secara keseluruhannya merangkumi latihan tempatan, latihan kem tahunan dan latihan pentauliahan.  Sepanjang latihan mereka diberi makan percuma dan insentif RM4.00 sejam bagi latihan tempatan, RM27.71 sejam bagi latihan berterusan, khemah tahunan dan perbarisan tamat latihan di samping bountytahunan sebanyak RM520.00.  Insentif-insentif yang diterima sekali gus dapat meringankan beban perbelanjaan sepanjang pengajian.





ISI 2
Saya berasa begitu berbangga kerana saudara saudari sekalian telah memilih untuk menyertai bidang ketenteraan yang merupakan profesyen yang terunggul di dunia. Saudara saudarilah antara kesatria contoh anak muda dari pelbagai kaum dan bangsa.yang bukan sahaja berpengetahuan malahan juga mempunyai daya kepimpinan seperti seorang tentera. Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan kepada semua tentang empat aspek penting sebagai pedoman kita bersama.

Yang pertama, tahap profesionalisme merupakan sifat terpenting sebagai seorang tentera. Justeru, sentiasalah komited dan peliharalah sifat profasionalisme yang tinggi dan berusahalah untuk jadi yang terbaik. Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk Berjaya.

Yang kedua ialah disiplin yang tinggi, berintigriti dan sentiasa jujur melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar anda menjadi contoh teladan dan mengamalkan sikap kepimpinan dalam dunia awam serta melaksanakan setiap kewajipan yg telah dipertangjawabkan.

Ketiga, kerohanian, ia perlu diperkukuh dengan empat gabungan elemen iaitu akal, rohani, nafsu dan qalbu. Unkapan setia kepada negara dan setia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal erti menyerah oleh sumpah yang telah diangkat yang tidak boleh diabaikan serta tidak boleh dipermainkan.

Keempat,kewajipan, kepekaan terhadap persekitaran diperlukan, khususnya corak ancaman masa kini dan masa hadapan, serta berperananlah sebagai banteng pertahanan kedua negara. Sentiasalah komited dengan kewajipan ini pada bila-bila masa.


ISI 3

Para Hadirin sekalian,

Di dalam sesebuah negara, sudah pasti ada beberapa organisasi yang diterajui oleh sekumpulan orang yang mempunyai semangat kenegaraan dan berjuang demi negara Salah satu dari organisasi tersebut dipanggil askar, seperti yang para hadirin sedia maklum bahawa tugas askar ini sangat berat. Selain menjaga keamanan negara, mereka juga ialah benteng pertama pertama jika negara diserang musuh.

Aspek kepimpinan merupakan salah satu elemen yang paling penting di dalam mana-mana organisasi, ianya menentukan arah dan matlamat organisasi. Apabila pemimpin dapat melihat dengan jelas apa yang berada di hadapannya, maka jelaslah arah perjalanan  kumpulan yang dipimpinnya.

Orang sering menganggap bahawa latihan ketetenraan sebagai latihan yang berbentuk peperangan, keganasan, permusnahan dank kekerasan semata. Walaupun anggapan “tentera adalah senjata dan senjata adalah tentera” merupakan ciri pertahanan negara, namun pembinaan mutu kepimpinan merupakan salah satu unsur yang diberi penekanan oleh PALAPES UKM. Semenjak ianya dibentuk pada tahun 1979.

‘Biarlah bermandi peluh semasa latihan supaya tidak bermandi darah di dalam medan peperangan’. ini adalah ungkapan yang kita sering dengar bagi organisasi keselamatan. Ungkapan ini adalah untuk memberi lebih semangat kepada saudara saudari tidak kiralah yang sudah menghabiskan semua latihan ataupun belum. Ini kerana latihan sangat penting untuk memantapkan jati diri seseorang manusia itu.




ISI 4

Saudara Saudari Pewaris Generasi Bangsa,  

Melahirkan seorang Pegawai Kadet yang mempunyai sikap dan disiplin yang tinggi adalah satu tugas yang cukup berat untuk direalisasikan. Pelbagai cabaran dan dugaan pasti akan datang. Namun jika hasrat baik dan murni ini dilentur dan ditempa sudah pasti ia akan mengikut acuan yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, jika inginkan sebilah keris yang berkualiti maka ia sudah pasti akan melalui pelbagai proses yang cukup teratur. Ia sama juga dengan melahirkan seorang Pegawai Kadet. Jika kita inginkan Pegawai Kadet yang kuat dari aspek mental dan fizikal maka pelbagai aspek perlu dititikberatkan samada melalui latihan ketenteraan mahupun ilmu akademik. Konsep kesamarataan ilmu ketenteraan dan akademik perlu wujud dalam sanubari setiap pegawai kadet.

Di majlis ini juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pegawai-pegawai yang terlibat dengan PALAPES, atas daya dan usaha mempromosikan PALAPES UKM tanpa ada sedikit rasa jemu pun akhirnya terbalas jua hari ini apabila seramai 205 orang pegawai kadet Peringkat Junior, 125 orang Peringkat Intermediate dan 165 orang peringkat Senior dan jumlah keseluruhan adalah seramai 495 orang. Angka keseluruhan ini merupakan satu angka yang cukup besar ertinya bagi PALAPES UKM. Justeru itu, saya ingatkan sekali lagi kepada anda semua yang berada dihadapan saya ini untuk kuatkan mental dan cekalkan azam untuk terus kekal dalam keadaan yang amat-amat baik.







Penutup

Akhir kalam, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam PALAPES UKM , ucapan terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini serta ucapan terima saudara dan saudari lagi kepada semua yang hadir pada pagi ini.

WabillahiTaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, Terima Kasih.


harap boleh bantu sesiapa sahaja buat ucapan dengan baik. mungkin ade terkurang, maafkan lah ye hihhihhi

Wednesday, December 19, 2018

MAJLIS KAWIN KAKAK PART 3

Aku pun ade buat pelan majlis kawin tu, untuk tunjukkan kat bapak aku.








aku gigih nak tunjuk bapak aku, ini pelannya, walaupun aku accounting, aku try laaaa sikit hahaa, bapak aku yg arkitek and die cakap boleh laaaa, so aku punya bangga tu huhhhh hahahaha.