(tugasan citra) Kesan peningkatan pelajar perempuan di IPTA kepada
masyarakat dan negara pada masa hadapan.
Sejak negara menikmati kemerdekaan, semakin banyak
Universiti yang telah dibina bagi memantapkan institusi pendidikan negara. Pada
tahun 2017, 21 buah IPTA telah ditubuhkan dan lebih 500 buah IPTS di seluruh
negara. Saban tahun terdapat satu isu yang seriing kali akan diperdebatkan
dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu isu berkenaan denngan
peningkatan pelajar perempuan di IPTA. Bukan sahaja IPTA, malahan juga IPTS.
Mengapa terjadi begitu? Ini kerana antara factornya ialah tahap kematangan
seseorang perempuan itu lebih cepat daripada lelaki. Apabila seseorang mencapai
tahap kematangannya, dia boleh berfikir dengan waras samada sesuatu yang
dilakukan itu bermanfaat atau tidak pada masa yang akan datang. Terdapat
beberapa kesan apabila angka bilangan mahasiswa perempuan meningkat di
institusi pendidikan.
Terdapat beberapa kesan positif yang timbul apabila,
lebih ramai wanita mendapat tempat di IPTA dan IPTS. Antaranya ialah apabila
sesuatu syarikat itu memiliki ramai pekerja perempuan, maka syarikat itu akan
lebih teratur. Ini kerana sifat perempuan yang sentiasa teliti akan apa sahaja
kerja yang dia buat akan lebih teratur. Ianya memberi kesan positif kepada
sesebuuah syarikat. Sebagai contoh banyak pekerjaan yang sudah mula membuka peluang
kepada golongan wanita untuk diceburi. Antara contoh pekerjaan tersebut ialah
jurutera dan juruterbang. Ini kerana sifat teliti golongan perempuan membuatkan
mereka juga sesuai untuk mengisi peluang pekerjaan tersebut. Oleh itu, apabila
sesuatu syarikat itu mempunyai pekerja berlainan jantina, hasilnya akan lebih
baik dan cemerlang.
Di samping itu, apabila mahasiswa wanita ini sudah
bergraduasi, mereka akan lebih mudah untuk mendapat pekerjaan yang mampu
memberi jaminan masa hadapan mereka. Meraka juga tadak memerlukan bantuan
kewangan daripada ibu bapa mahupun suami kerana pendapatan mereka itu dapat
membantu mereka dalam kehidupan seharian. Apabila sudah berumah tangga, mereka
juga dapat membantu suami mereka dalam usaha membuat kehidupan berumah tangga
lebih selesa. Sebagai contoh, jika hendak membeli rumah banglo, ianya
memerlukan pendapatan isi rumah RM 15,000. Apabila gaji suami tidak cukup untuk
melayakkannya membeli rumah, gaji isteri juga boleh di campurkan untuk memenuhi
syarat tersebut. Oleh itu, keadaan ini memberikan kesan yang baik dalam
meningkatkan gaya hidup sesebuah keluarga.
Antara kesan buruk peningkatan tersebut ialah akan
berlakunya ketidak seimbangan dalam pekerjaan. Apabila yang bergraduasinya
ramai terdiri daripada golongan wanita, maka limpahan dalam dunia pekerjaan
juga terdiri dari golongan wanita. Ketidak seimbangan ini aku menyebabkan
sektor pekerjaan yang professional akan didominasi oleh golongan wanita. Adakah
keadaan ini baik untuk negara? Pada pendapat saya, wanita dan lelaki
masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Wanita memiliki sifat yang lemah
lembut, teratur dan teliti. Malangnya golongan ini juga mudah membuat keputusan
berdasarkan emosi mereka, mereka kurang memikirkan tentang apa yang akan
terjadi pada masa yang akan datang. Akibatnya dalam sektor pekerjaan bahagian
professional, banyak keputusan yang diambil berdasarkan jangka masa yang dekat.
Contohnya, akibat daripada limpahan graduan mahasiswa golongan perempuan di
alam pekerjaan yang professional, semakin banyak syarikat yang berasaskan
kecantikan yang kian wujud di dalam pasaran ekonomi semasa. Jadinya inovasi
syarikat-syarikat yang lebih terbuka seperti mesen-mesen akan berkurangan
kerana kebanyakan inovasi yang melibatkan penggunaan jangka panjang ini adalah
dari pada golongan lelaki.
Selain itu, masalah keluarga juga akan terkesan jika
perkara ini berlarutan, selalunya pada zaman 90’an dahulu perempuan yang
mendapat peluang pendidikan kurang berbanding lelaki. Oleh itu, apabila mereka
bersaing dalam mencari peluang pekerjaan pun adalah kurang. Pada zaman ini,
isteri berkemungkinan kelayakan yang lebih tinggi daripada suami, mungkin juga
isteri mendapat pendapat yang lebih lumayan dari suami, perkara ini akan
menjadikan adat kekeluagaan itu semakin hilang. Apabila adat dimana isteri
menguruskan pakaian dan makanan manakala suami pula mencari nafkah itu tiada,
hubungan dalam keluarga juga akan terjejas kerana tiada banyak komunikasi dalam
rumah malahan juga isteri akan berasa kurang hormat dengan suami kerana
perbezaan pendapatan. Sebagai contoh, isteri merupakan seorang Doktor pakar
manakala suami pula merupakan kerani biasa di sebuah syarikat. Situasi ini,
akan menjejaskan kehidupan rumah tangga yang harmoni kerana sebagai doctor,
isteri tersebut sangat lah sibuk sampaikan akan lupa tugas dan tanggungjawab
sebagai seorang isteri dan suami mengambil alih kedudukan dan isteri tersebut.
Perkara ini akan menjadi bertambah buruk apabila suami tersebut mula bosan dan
akan mencari kesalahan isteri seterusnya mencari pengganti yang lebih sesuai
untuk dirinya. Ini lah masalah2, yang terjadi masa kini akibat peningkatan
mahasiswa golongan wanita di university ini.
Kesimpulannya, apabila masalah ini timbul, pihak
university haruslah mengambil cakna akan isu ini. Pada pendapat saya,
menetapkan had kuota bagi sesuatu golongan itu akan lebih efektif dan baik.
Mungkin sestengah individu menganggap ini adalah sebagai satu diskriminasi
terhadap kaum wanita, akan tetapi masalah ini akan membawa kesan seiring dengan
perubahan zaman. Oleh itu, untuk mengawal isu ini, tindakan yang wajar harus
dilakukan oleh kerajaan dan institusi pengajian tinggi.